Saturday, August 16, 2014

REVIEW NOVEL Dia Cinta Yang Kucari by Rehan Makhtar

 Assalamualaikum salam sejahtera,,
Daa lama saya tak update dekat sini bkn jee Daa lama malah langsung tak update .. Teruk sungguhlaa hehehe
Nak review sikit novel kak Rehan Makhtar yang terbaru .. Yeee saya tuh Bahasa Hati Kita jugak novel terbaru kak RM Tapi saya nak review yg nyh dlu ..



Sinopsis >>>>>>

Satu hubungan lama telah menemukan LUTHFIYA dan FAREED AL-FATTAH.  Pada LUTHPAYED ialah lelaki yang perlu dijauhi. Sedangkan pada PAYED,LUTHFIYA hanyalah satu tabiat buruknya yang suka pada kecantikan dan kesempurnaan tanpa dia sedar apa erti sempurna yang sebenar-benarnya.      

“Aku tak rasa aku cinta dia.  Dengan dia ni, aku rasa macam bad habit aje kut.  Payah nak singkir…” - FAREED AL-FATTAH

PAYED dalam penafian.  LUTHFIYA sebenarnya bagaikan magnet yang kuat menarik dirinya untuk didekati malah untuk memiliki gadis itu.  Namun, atas dasar apa, dia seringkali berperang dengan kejahatan dalam diri?

“Awak pada saya seperti air laut.  Semakin saya teguk, semakin saya kehausan…” - FAREED AL-FATTAH

Menyedari kekurangan padanya, LUTHFIYAseringkali memencilkan diri apatah lagi kakaknya, Luthfina juga membenci. Dia sedar, PAYED tak begitu jahat untuk terus dijatuhkan hukuman. PAYED hanya tersesat dan dia sudi menjadi penanda arah untuk membantu PAYEDmelangkah.    

“Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak, ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?”  - LUTHFIYA

Saat LUTHFIYA menghulurkan tangan, PAYEDmenyambut dan menggenggamnya erat. 

“Saya tak nak lepas dah tangan awak kali ni...” -FAREED AL-FATTAH

Namun, perancangan orang tua merubah segalanya apabila gadis itu mahu dijodohkan dengan FADLEE AL-FALLAH, adiknya sendiri. PAYED memberontak dan LUTH reda menerima.

“Aku nak yang macam Luth.  Fiya, Lee. Luthfiya.  Bukan Fina.”- FAREED AL-FATTAH

Dugaan yang menimpa membuatkan PAYEDsedar.  Dia haus tanpa cinta dan kasih Tuhan.  Ketenangan LUTHFIYA, kelembutan dan kemanisan nasihat gadis itu mengoyak egonya.  Dia perlukanLUTHFIYA untuk temui cinta yang selama ini dia cari apatah lagi gadis itu telah berjanji. 

Mampukah dia temui cinta sejati biarpun dia tahu cinta yang satu itu adalah sesuatu yang sukar untuk dia dakapi?

#### ITU sedikit sinopsis Dari novel kak RM 
 Dalam ke enam novel kak RM yang saya ada, DCYKC paling saya tersentuh bila baca tak tahu laa kenapa padahal Terlerai Kasih pun sedih . tapi Dia Cinta Yang Kucari buat perasaan saya gundah gendala sekejap hahaha geram pun ada dengan Payed,  tapi yang pastinya novel Akak tetap terbaikkkkk !!! Thumbs up kak Rehan ! May Allah bless u always ^^


Assalamualaikum 




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

No comments: