Sunday, July 28, 2013

REVIEW BOOK : PELINDUNG CINTA

Assalamualaikum salam sejahtera :)

okee pelindung cinta daa keluar dekat pasaran ! yeahh ! :D
akhirnya dapat jugak baca sampai full ceritanya selama nyh dekat blog jee kannn
akhirnya daa dapat pegang pun ! ^^
thumbs up untuk pelindung cinta ! and good job writer anda sudah buat yang terbaik. tak sabar nak tunggu love riddles pulak :D kalau ada rezeki nak jugak pegang for real hehehe

sinopsis Pelindung Cinta


Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal.
Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.

“Saya... Saya...”
“Saya apa?!”
“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”
“Oh, jadi nak tackle akulah ni?

Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed!
Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

REVIEW BOOK : DIA.. RANDOM GUY

Assalamualaikum salam sejahtera :)
daa lama rasanya tak update untuk review book
hari khamis baru nyh baru dapat pegang novel 
DIA.. RANDOM GUY 
selamat dekat minerva still ada stok untuk DRG 

sinopsis untuk DRG


Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina “You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. “You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar “Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?



p/s: just two word THUMBS UP ! and SANGAT SWEET ! okeee tak rugi beb bile beli :D
GOOD JOB writer sebab sudah beri yang terbaik yeahhh !






Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, July 2, 2013

semester terakhir

Assalamualaikum Salam sejahtera :)

sekarang last sem di upsi dan tersangat busy .
orang selalu fikir last sem sangat best sebab tak banyak kerja .
but aku tersangat banyak kerja .
sem last laa tiba-tiba banyak sangat kredit 23 jam kredit taw tak .
termasuk laa nak cari sekolah untuk practikal lagi , assignment lagi ,
final project lagi , muet lagi . haaa tak ke banyak kerja aku
setiap semester tersangat banyak la present nya so always kene siap sedia
dari segi fizikal dan mental .

itu sahaja byebye ,,

p/s : lepas nyh boleh buat review novel balik :D

Assalamualaikum





Thanx yaww .. luve u :D xoxo