Thursday, February 28, 2013

BOOK REVIEW:BEAUTIFUL CREATURES

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
mesti pelik kan bukan ke beautiful creatures ini ada dekat wayang
yess memang dekat wayang sekarang and diadaptasi dari novel and written by authors Kami Garcia and Margaret Stohl. Novel ini ada 3 lagi siri selepas Beautiful Creatures, Beautiful Darkness, Beautiful Chaos, and Beautiful Redemption.
actually aku tak baca lagi novel ini, but my roommate yang sangat sukakan novel english yang membuatkan aku turut terpengaruh :D sama macam novel twilight part 2, hunger game, catching fire and mocking jay semua aku sudah baca disebabkan my roommate thank to you ^^
ini laa novel beautiful creatures yang sekarang maharajalela di dalam bilik aku
aku tak baca lagi novel neyh but bile tgk trailer agak best jugak, nyh yang terasa nak baca jee tapi kene tunggu my roommate habis khatam dulu :D





In Ethan Wate’s home town there lies the darkness of secret....

There is a girl
Slowly, she pulled the hood from her head.
Green eyes, black hair. Lena Duchannes.

There is a curse
On the sixteenth moon .the sixteenth years
The book will take what it’s been promised. And no one can stop it.

In the end, there is a grave
Lena and Ethan become bound together by a deep, powerful love. 
But Lena is cursed and on her sixteenth birthday her fate will be decided

Ethan never even saw it coming.

itulah ceritanya macam best kann :D
okelah itu sahaja bye
assalamualaikum :)



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, February 12, 2013

BOOK REVIEW: NYANYIAN HATI BY rodieR

Assalamualaikum dan dalam sejahtera :D

aku nak beli novel nyh tapi dari hari tuh lagi tak dapat2 dekat kedai buku
why?? dorang kata novel tuh tade lagi ehhhhhh???
novel nyanyian hati daa boleh beli on9 okee
apa pasal tade dekat bookstore lagi?
pelik-pelik *sigh*
masa pesta buku hari tuh tak perasan pulak novel tuh daa ada
oke finee aku terpaksa tunggu seminggu lagi untuk meninjau2 dekat bookstore
bila cuti2 macam neyh mmg tade masa laa nak pegi bookstore kannn

nyh novel nya >>>


I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial
Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah
Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.

Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.
I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin
Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.
Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?
***
****kalau nak baca bab awal klik  sini 

oke itu sahajaa byee
assalamualaikum salam sejahtera :)

Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Wednesday, February 6, 2013

FINISH ALREADY ^^


assalamualaikum dan salam sejahtera :)
hari ini tamat laa sudah assignment yang agak 'tough'
14 assignment sudah habis
tinggal lagi 2 assignment jee lagi
present drama dengan present alat music
fuhhh legaaa rasa
hari ini pun daa selesai present RPH bertema negara saya
semangat habis budak kelas aku menyanyi
lagu Negaraku dengan Jalur Gemilang :D
okeh laa daa malas nak cerita apa-apa lagi
tengah kumpul mood cuti hari raya cina :D
gong xi fa cai

assalamualaikum :D

*** selalunya gambar diatas tiada kene mengena**** :p



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, February 5, 2013

BOOK REVIEW kisah naz dan khaalish, meh,sandar pada aku! , cik blur dan en ikhlas, cinta sedingin mint

ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA :)

first sekali pesta buku last week daa tamat !! dan aku berjaya membeli 4 buah novel hasil dari duit my mum ahahaha sangat jahat sebab suruh mama bayar :p tape mama daa biasa :)
and antara 4 buah novel tuh satu pun tak dapat tandatangan writer
sedihhh :'(
tapi tape saya tidak kisah janji dapat novel tuh pun daa kira oke taw :D
4 novel yang aku beli tuh :-
MEH, SANDAR PADAKU ! -AIFA BATRISYA
KISAH NAZ DAN KHALISH -HANINA ABDULLAH
CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS - AIRISZ
CINTA SEDINGIN MINT - AZURA RASIDDIN
bagi aku semua best and bagi orang lain aku tak tau laa, sebab tanak ambil tau pun :D

bagi yang penah baca KAWIN GANTI. MEH, SANDAR PADAKU adalah novel ke-2 beliau :D

sapa yang penah baca TEMAN SERUMAH DAN MUSUHKU SUAMIKU. CINTA SEDINGIN MINT adalah novel beliau KE-3 beliau :D

bagi yang penah baca CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG. NOVEL CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS adalah novel TERBARU beliau :D

and last but not least sapa yang penah baca novel PROJEK MEMIKAT SUAMI . KISAH NAZ DAN KHAALISH adalah novel TERBARU beliau :D

but mama saya lebih prefer novel AIRISZ CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS! kata mama best :D
tapi aku lebih prefer KISAH NAZ DAN KHAALISH :D walaupun novel AIRISZ BEST JUGAK !
and novel yang lagi dua tuh pun best oke , bukan tak best :D

tapi novel projek memikat suami aku tak bace lagi . aigoooo patutnya bace novel yang first kann. tapi tapelaa :)) GOOD JOB  kepada 4 PENULIS ! YEAAAA

anyway  BOOK REVIEW : KISAH NAZ DAN KHAALISH



PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya
hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah
temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek.Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa
di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!” 

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia
pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran
Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…


Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal,
sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang
mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”


Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan
diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya
cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


BOOK REVIEW  : KISAH NAZ DAN KHAALISH


AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

BOOK REVIEW  : MEH, SANDAR PADA AKU !


Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

BOOK REVIEW  ; CINTA SEDINGIN MINT

“Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”-Halifie
Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Bermula dengan hidup berjiran sehinggalah menjadi hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat melarikan diri daripada Halifie.
Atas tiket hubungan kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin kepadanya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam saja.
“Saya nak nasi goreng halia. Awak masakkan, ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya, Cartaz…” – Halifie
“Amboi! Suka-suka awak aje suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”- Cartaz Amani
Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?
“I do love her… I love Cartaz Amani.” 
Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?
“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya daripada dia. Cinta saya tak akan beralih kepada awak sebab I am deeply in love with him.” - Cartaz Amani
Bicara angkuh Cartaz Amani menikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambahkan lagi duka dalam hatinya lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang terluka.

Benarkah Cartaz Amani tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan pada saat Halifie pergi daripada hidupnya? Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang teman tapi mesra ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa disedarinya? Selami kisah mereka dalam Cinta Sedingin Mint…

TAMAT SUDAH BOOK REVIEW 
BYE2
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ;D







Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Friday, February 1, 2013

dap dip dup


Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
okee sekarang daa masuk 1 Feb
wilayahhh cuti ! tp aku kt Perak so daa semestinya tak cuti :'(
dup dup dup heartbeat aku makin lama makin laju
sebab esok aku bakal mengajar budak 20 tahun + yang dianggap sebagai budak 4-6 tahun . lagu mana tuh haishhh cuak weyhhhh . adoyy !! esok confirm semua dok cakap, cikgu2! knp cikgu tade suara??
yg tuh lagi parak! haishhh
harap sangat dapat buat yang terbaik, capai objektif pun daa kira oke.
aku buat 1 rph (rancangan pengajaran harian) daa pening macam mana nk practikal nnt, berganda-ganda rph kene buat -.-''
disebabkan nak hilangkan stress yang melanda malam nyh
kita perlu tido bye2
assalamualaikum :D
Thanx yaww .. luve u :D xoxo