Monday, September 30, 2013

Detik demi detik masa berlalu

Assalamualaikum dan salam sejahtera


daa lama rasanya tak update langsung , bukan menghilang tapi memang tade apa yang nak di tulis.
pagi tadi first paper untuk aku final exam, alhamdulillah dapat jugak jawab walaupun ada yang tak ingat -.-
and masa dalam dewan exam rasa bertuah sebab dapat bersebelahan dengan orang yang muka boleh tahan hansome i think budak bi rasanya ahahaha *gatal tak hingat*. kalau boleh bawak masuk fon daa lama snap picture dea senyap2 :D. Bila nak jawab exam time ada idea pulak memang tak dapat laa i nak senyum2 sambil pandang sebelah soryy yee orang sebelah kite kalau ada idea jee nak jawab exam mmg pandang sebelah buat muka seposen jee -.-'
anyway sekarang daa sem last and final exam nyh jugak last omoooo macam tak percaya daa 2 tahun setengah dekat sini :D November ni daa start practikal dekat sime darby as a teacher -.-' macam mana nak layan budak pun tak taw laa
gud luck classmatte for this exam ! LAST EXAM OKEHHH !! ^^

Assalamualaikum :D




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Sunday, July 28, 2013

REVIEW BOOK : PELINDUNG CINTA

Assalamualaikum salam sejahtera :)

okee pelindung cinta daa keluar dekat pasaran ! yeahh ! :D
akhirnya dapat jugak baca sampai full ceritanya selama nyh dekat blog jee kannn
akhirnya daa dapat pegang pun ! ^^
thumbs up untuk pelindung cinta ! and good job writer anda sudah buat yang terbaik. tak sabar nak tunggu love riddles pulak :D kalau ada rezeki nak jugak pegang for real hehehe

sinopsis Pelindung Cinta


Hanya kerana sebuah amanah, Radwa terpaksa menjadi seorang pelindung. Bukan pelindung kepada seorang jutawan atau kaum kerabat, tetapi hanya pelindung kepada abang kawan baiknya, Raed Daniyal.
Pertemuan pertama antara mereka mendebarkan Radwa, tapi tidak pada Raed. Dia benci! Benci dengan kehadiran gadis itu. Bukan benci kerana terasa diganggu tetapi benci kerana kehadiran gadis itu membuka kembali luka lama.

“Saya... Saya...”
“Saya apa?!”
“Saya suka awak, Raed. Sebab tu saya buat macam tu.”
“Oh, jadi nak tackle akulah ni?

Kecewa dengan reaksi lelaki itu, Radwa mula menjalankan misi lain. Misi mengubati kembali luka Raed! Malangnya dari misi memujuk, terpaksa pula menjadi... Misi memikat Raed!
Dapatkan Radwa mempertahankan hubungan mereka dan sebuah amanah? Berjayakah mereka menjadi pelindung cinta antara mereka?




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

REVIEW BOOK : DIA.. RANDOM GUY

Assalamualaikum salam sejahtera :)
daa lama rasanya tak update untuk review book
hari khamis baru nyh baru dapat pegang novel 
DIA.. RANDOM GUY 
selamat dekat minerva still ada stok untuk DRG 

sinopsis untuk DRG


Kerana tidak mahu dicop sebagai ‘loser’, Alina Suffiya bertindak pantas menarik lengan jejaka ‘random’ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya. Apa nak buat, hanya si random itu saja yang dia nampak ketika itu. Hidup Zariel Amzar yang tenang dan damai tiba-tiba seperti menaiki roller-coaster di taman tema. Ini semua perempuan psiko tu punya pasal! Gosip liar mula tersebar dan dia diberi tekanan oleh mama tersayang. Suratan atau kebetulan? Mereka kini di bawah satu bumbung. Amzar mengambil peluang untuk membalas rasa sakit hati. Alina dibuang kerja atas alasan mengurangkan perbelanjaan syarikat. “You are one heartless man! Saya harap…. Tak! saya doakan supaya awak dapat cari semula hati awak yang dah hilang tu.” - Alina “You know what, I take back my word. You ni bukan gila… but downright psycho. Go and get a treatment!”- Amzar. Kita hanya merancang. Sangka Alin selepas peristiwa itu dia tidak perlu berjumpa Si Random Guy lagi. Tapi takdir ada rancangan berbeza dan hidup mereka tidak lagi seperti dulu. “You ingat you ni tuan puteri ke nak kena berjemput segala?”- Amzar “Manalah saya tahu kena tunggu di bawah ni. Saya ingat encik ada di atas, saya naiklah!”- Alina Mengenali seorang Amzar, perasaan yang Alina kunci dalam hati, muncul kembali. Cik jantung mula berdegup kencang dan cik hati mengedik tak tentu hala. Kemunculan Hairi yang cuba mendekati semula Alina, mengundang krisis dalam hati Amzar. Apabila Cik Kerani dilayan sedingin salju, dia pula diberi ‘layanan bahu sejuk’. Menggelabah pula nak memujuk. Walaupun mulut kata benci, hati mula menari! ‘Isyyy.. kacau daun betul Si Hairi ni. Dah pergi tu, pergi ajelah’. Siapakah yang berjaya membuka kunci hati Alina. - Hairi atau Dia… Random Guy?



p/s: just two word THUMBS UP ! and SANGAT SWEET ! okeee tak rugi beb bile beli :D
GOOD JOB writer sebab sudah beri yang terbaik yeahhh !






Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, July 2, 2013

semester terakhir

Assalamualaikum Salam sejahtera :)

sekarang last sem di upsi dan tersangat busy .
orang selalu fikir last sem sangat best sebab tak banyak kerja .
but aku tersangat banyak kerja .
sem last laa tiba-tiba banyak sangat kredit 23 jam kredit taw tak .
termasuk laa nak cari sekolah untuk practikal lagi , assignment lagi ,
final project lagi , muet lagi . haaa tak ke banyak kerja aku
setiap semester tersangat banyak la present nya so always kene siap sedia
dari segi fizikal dan mental .

itu sahaja byebye ,,

p/s : lepas nyh boleh buat review novel balik :D

Assalamualaikum





Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Saturday, March 30, 2013

BOOK REVIEW: SANDAL BUNGA-BUNGA BY FAZIELA

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

novel keluaran jemari seni bulan April sudah keluar ! yeah !!
and yang paling tak sabarnya novel by Faziela bakal keluar bulan April ini :D
yang mana pernah baca novel SI MANGKUK TINGKAT 
SANDAL BUNGA-BUNGA adalah novel ke dua beliau :D
novel neyh aku memang follow dekat blog so memang tak sabar laa kan bile 
novel neyh daa di terbitkan :D
disebabkan novel ini keluaran April so aku memang beli time Pesta Buku Antarabangsa yang bakal ada di PWTC hujung bulan April neyh :)
sesiapa yang nak menempah, boleh laa menempah mulai 10 April neyh di JemariSeni and boleh baca bab awal DISINI







I
Sep 2010
Tunggu saya. Itu yang dia suruh.
Dis 2010
Tunggu saya. Dia ulang lagi.
Feb 2011
Aku dah tak boleh tunggu lagi.
II
“Maafkan I.”
Dia diam.
“You tak nak cakap apa-apa ke?”
“Pergi.”
“Apa dia?”
“Tiada siaran ulangan.”


Masing-masing punya kenangan pahit sebelum mereka bertemu. Tapi, mereka cuba membuka lembaran baharu kehidupan dengan hidup bersama.

“Saya… bukan orang yang menarik. Saya ni kuat membebel, takut gelap, takut hujan, suka makan tapi tak pandai masak dan banyak lagi la benda yang tak okey fasal saya. Jadi, awak okey ke dengan tu semua?”

“Okey.” Zahran angguk.

Bermula dari situ, mereka mula mengenal setiap sisi masing-masing. Izza harus ke dunia Zahran yang tak pernah dia terfikir akan pergi.

“Sebelum kita terjun I nak you tahu yang I sayangkan semua orang dalam famili….” Izza terhenti seketika. “…

dan I benci you!”

Namun, ada yang benci dengan kebahagiaan mereka. Mampukah mereka mengharungi gelombang dugaan hidup yang melanggar mereka?

***


itu sahaja dari saya byebye
assalamualaikum :)





Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Monday, March 25, 2013

kenapakah ??


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

apakah perasaan anda bile anda pergi bookstore and anda rasa macam nak beli novel tapi.....
kebanyakkan novel di bookstore semua anda sudah ada *novel keluaran baru maksudnya* ??
bagi aku, mood untuk membaca novel terus down -.-''
terasa macam arghhh !! oke yang neyh daa beli , ouhh yang neyh pun daa ada dekat rak , ehh yang neyh pun aku daa beli . grrrr terasa mood tuh, down terus tau tak :(
and aku ambil keputusan untuk tunggu bulan 4 sebab ada pesta buku antarabangsa .
bagus kan idea tuh , so hujung bulan 4 nanti duit and baucer buku aku bakal habis disebabkan aku akan borong novel utk keluaran bulan 3 and 4 nnt.
dan semestinya telinga aku akan mendengar leteran-leteran dari abah and mama aku disebabkan pemborongan tersebut. sekian...
tapi tape sebab aku puas disebabkan aku cuti sem selama 2 bulan lebih -.-''
oke laa sudah malas mau membebel panjang
byebye assalamualaikum salam sejahtera :)




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, March 12, 2013

second day



Assalamualaikum good morning handsome and beautiful ^^
hari ini adalah hari ke dua untuk final exam saya
pagi yang cerah seperti pagi-pagi yang lain
and saya still tak dapat tidur masa musim exam ottoke ??
dari semester pertama lagi aigoo -.-'
wish me luck for today and until 18/3 okehh ^^
that all from me ,
selamat menunaikan solat subuh bagi yang muslim
assalamualaikum :)
byebye





Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Saturday, March 9, 2013

BOOK REVIEW: CHAN RAK TER.. (AKU CINTA KAMU)

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA :)

Aku sekarang tengah countdown final exam yang tinggal lagi 2 hari :)
5hb hari tuh , kampus lama upsi ada pameran buku
so secara tidak langsung novel pun ada laa
and aku telah selamat habiskan 2 keping baucer aku yang bernilai RM100 sekian~
5 buah novel aku selamat beli tak padan dengan nak final heee~
novel CHAN RAK TER karya SARA AISHA
bagi aku novel nyh best and terasa berdebar bila baca, aku rase macam novel thriller daa nyh
padahal novel kisah cinta jee, dah nama chan rak ter.. heee~

ini novelnya~~

“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”

nota kaki: dengar cerita novel HLOVATE yang baru bakal keluar time pesta buku antarabangsa bulan 4  nanti, betul atau tidak pun aku tak taw sebab akak yang jual and bekerja di jemari seni time pameran buku dekat upsi yang bagitaw. betul atau tidak kita tunggu saja time pesta buku nanti :D
BYEBYE, ASSALAMUALAIKUM





Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Wednesday, March 6, 2013

tidak ketahuan




assalamualaikum salam sejahtera
lagi 5 hari final exam bakal datang
omoooo !! macam mana nyh ! study satu habuk pun tak masuk lagi
aigoo help me ! oke fine stop mengarut !
*tarik nafas~ lepas* fuhhhh
gud luck semua warga upsi yang bakal hadapi exam :D
bye-bye
assalamualaikum




Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Thursday, February 28, 2013

BOOK REVIEW:BEAUTIFUL CREATURES

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
mesti pelik kan bukan ke beautiful creatures ini ada dekat wayang
yess memang dekat wayang sekarang and diadaptasi dari novel and written by authors Kami Garcia and Margaret Stohl. Novel ini ada 3 lagi siri selepas Beautiful Creatures, Beautiful Darkness, Beautiful Chaos, and Beautiful Redemption.
actually aku tak baca lagi novel ini, but my roommate yang sangat sukakan novel english yang membuatkan aku turut terpengaruh :D sama macam novel twilight part 2, hunger game, catching fire and mocking jay semua aku sudah baca disebabkan my roommate thank to you ^^
ini laa novel beautiful creatures yang sekarang maharajalela di dalam bilik aku
aku tak baca lagi novel neyh but bile tgk trailer agak best jugak, nyh yang terasa nak baca jee tapi kene tunggu my roommate habis khatam dulu :D





In Ethan Wate’s home town there lies the darkness of secret....

There is a girl
Slowly, she pulled the hood from her head.
Green eyes, black hair. Lena Duchannes.

There is a curse
On the sixteenth moon .the sixteenth years
The book will take what it’s been promised. And no one can stop it.

In the end, there is a grave
Lena and Ethan become bound together by a deep, powerful love. 
But Lena is cursed and on her sixteenth birthday her fate will be decided

Ethan never even saw it coming.

itulah ceritanya macam best kann :D
okelah itu sahaja bye
assalamualaikum :)



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, February 12, 2013

BOOK REVIEW: NYANYIAN HATI BY rodieR

Assalamualaikum dan dalam sejahtera :D

aku nak beli novel nyh tapi dari hari tuh lagi tak dapat2 dekat kedai buku
why?? dorang kata novel tuh tade lagi ehhhhhh???
novel nyanyian hati daa boleh beli on9 okee
apa pasal tade dekat bookstore lagi?
pelik-pelik *sigh*
masa pesta buku hari tuh tak perasan pulak novel tuh daa ada
oke finee aku terpaksa tunggu seminggu lagi untuk meninjau2 dekat bookstore
bila cuti2 macam neyh mmg tade masa laa nak pegi bookstore kannn

nyh novel nya >>>


I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial
Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah
Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.

Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.
I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin
Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.
Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?
***
****kalau nak baca bab awal klik  sini 

oke itu sahajaa byee
assalamualaikum salam sejahtera :)

Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Wednesday, February 6, 2013

FINISH ALREADY ^^


assalamualaikum dan salam sejahtera :)
hari ini tamat laa sudah assignment yang agak 'tough'
14 assignment sudah habis
tinggal lagi 2 assignment jee lagi
present drama dengan present alat music
fuhhh legaaa rasa
hari ini pun daa selesai present RPH bertema negara saya
semangat habis budak kelas aku menyanyi
lagu Negaraku dengan Jalur Gemilang :D
okeh laa daa malas nak cerita apa-apa lagi
tengah kumpul mood cuti hari raya cina :D
gong xi fa cai

assalamualaikum :D

*** selalunya gambar diatas tiada kene mengena**** :p



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Tuesday, February 5, 2013

BOOK REVIEW kisah naz dan khaalish, meh,sandar pada aku! , cik blur dan en ikhlas, cinta sedingin mint

ASSALAMUALAIKUM  DAN SALAM SEJAHTERA :)

first sekali pesta buku last week daa tamat !! dan aku berjaya membeli 4 buah novel hasil dari duit my mum ahahaha sangat jahat sebab suruh mama bayar :p tape mama daa biasa :)
and antara 4 buah novel tuh satu pun tak dapat tandatangan writer
sedihhh :'(
tapi tape saya tidak kisah janji dapat novel tuh pun daa kira oke taw :D
4 novel yang aku beli tuh :-
MEH, SANDAR PADAKU ! -AIFA BATRISYA
KISAH NAZ DAN KHALISH -HANINA ABDULLAH
CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS - AIRISZ
CINTA SEDINGIN MINT - AZURA RASIDDIN
bagi aku semua best and bagi orang lain aku tak tau laa, sebab tanak ambil tau pun :D

bagi yang penah baca KAWIN GANTI. MEH, SANDAR PADAKU adalah novel ke-2 beliau :D

sapa yang penah baca TEMAN SERUMAH DAN MUSUHKU SUAMIKU. CINTA SEDINGIN MINT adalah novel beliau KE-3 beliau :D

bagi yang penah baca CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG. NOVEL CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS adalah novel TERBARU beliau :D

and last but not least sapa yang penah baca novel PROJEK MEMIKAT SUAMI . KISAH NAZ DAN KHAALISH adalah novel TERBARU beliau :D

but mama saya lebih prefer novel AIRISZ CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS! kata mama best :D
tapi aku lebih prefer KISAH NAZ DAN KHAALISH :D walaupun novel AIRISZ BEST JUGAK !
and novel yang lagi dua tuh pun best oke , bukan tak best :D

tapi novel projek memikat suami aku tak bace lagi . aigoooo patutnya bace novel yang first kann. tapi tapelaa :)) GOOD JOB  kepada 4 PENULIS ! YEAAAA

anyway  BOOK REVIEW : KISAH NAZ DAN KHAALISH



PERTUNANGAN empat tahun dulu memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan Nazrahani Idora dan Zaim Khaalish. Walaupun Naz sudah bergelar status tunangan lelaki itu, namun dia tidak pernah bertemu muka dengannya. Khaalish pula tidak pernah ingin mengetahui tentang perempuan itu, yang difikirkannya
hanyalah Ilsa.

Naz cuba melupakan peristiwa itu dengan membawa diri, merantau serata dunia. Namun kenapa Allah
temukan dia semula dengan lelaki itu? Dek jatuh hati dengan tunang ‘teknikal’nya, Zaim Khaalish sanggup terbang ke merata pelosok alam untuk menjejak si dia.

“Encik Zaim Khaalish, awak jangan nak merepek.Tunang amende? Empat tahun tak ambil pusing, jumpa
di Bali pun awak tak kenal saya, you dare to say that we are still engaged?”
“Empat tahun ke lapan tahun, saya tak peduli. Technically, we are still engaged.”
“Technically? Technically?!” 

Semenjak itu, entah kenapa, Khaalish asyik mencari dan terus menjejaki Naz. Di mana saja Naz berada, dia
pasti akan ada di situ. Naz pula, mulut saja kata tak suka, tapi sebenarnya hati suka kerana kehadiran
Khaalish di sisi selalu mengubat rasa sunyi dan rindu…


Reham: “Huh, pengecut! Nutter! Apa erti hidup jika kita takut nak kejar kebahagiaan? Kalaupun gagal,
sekurang-kurangnya awak sudah mencuba dan boleh reda dengan ketentuan Tuhan. Kebahagiaan datang
mengetuk di pintu awak, tapi awak yang takut hendak buka.”


Nazrahani Idora: “Reham, awak tak tahu, empat tahun lalu, teruk saya cuba bangun semula, bina keyakinan
diri, bina hidup yang baru, di mana tak ada lagi lelaki yang boleh buat saya rasa tak ada nilai diri. Kalau saya
cuba sekali lagi dengan dia, dan... dan... gagal… Saya rasa saya takkan mampu bangun sekali lagi.”


BOOK REVIEW  : KISAH NAZ DAN KHAALISH


AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.
“Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke?”– Encik Ikhlas
“Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” - Kasih Khalisha
Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi… tiba-tiba aje dia muncul kembali.
“Apa encik buat kat sini?”
“Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?”
“Rumah encik? Ini rumah encik?”
“Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!”
Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?
Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter di hadapanku?
“Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?”
“Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
“Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.”

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.

BOOK REVIEW  : MEH, SANDAR PADA AKU !


Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

BOOK REVIEW  ; CINTA SEDINGIN MINT

“Saya tak tahulah apa masalah awak dengan saya. Yang penting, saya tahu awak sombong. Dan sebab itu, saya rasa saya tak perlu nak minta maaf kepada perempuan sombong macam awak. Fair enough!”-Halifie
Pertemuan pertama di antara Cartaz Amani dan Halifie mencetuskan perasaan benci dalam hati mereka. Namun, jodoh mereka begitu kuat. Bermula dengan hidup berjiran sehinggalah menjadi hubungan kekeluargaan. Senang cerita, Cartaz Amani tidak dapat melarikan diri daripada Halifie.
Atas tiket hubungan kekeluargaan, Halifie cuba berbaik dengan Cartaz Amani walaupun gadis itu begitu dingin kepadanya. Persahabatan mula terjalin. Hubungan semakin akrab sehingga tahap di mana ada Cartaz Amani, di situ ada Halifie. Asyik berkepit 24 jam saja.
“Saya nak nasi goreng halia. Awak masakkan, ya… Saya lapar sangat ni. Boleh ya, Cartaz…” – Halifie
“Amboi! Suka-suka awak aje suruh saya masak untuk awak. Awak ingat saya ni tukang masak peribadi awak ke?”- Cartaz Amani
Benarkah mereka hanya teman tapi mesra?
“I do love her… I love Cartaz Amani.” 
Si teruna sudah jatuh cinta. Bagaimana pula dengan si dara?
“Saya tak pernah suka awak. Saya tak pernah cintakan awak dan saya tak akan cintakan awak. Saya cintakan Zamir dari dulu, kini dan selama-lamanya. Awak jangan bermimpi untuk rampas saya daripada dia. Cinta saya tak akan beralih kepada awak sebab I am deeply in love with him.” - Cartaz Amani
Bicara angkuh Cartaz Amani menikam hati Halifie. Pemergian mama lelaki itu menambahkan lagi duka dalam hatinya lalu Halifie membawa diri untuk mengubati hati yang terluka.

Benarkah Cartaz Amani tidak mencintai Halifie? Jika benar, kenapa dia rasa kehilangan pada saat Halifie pergi daripada hidupnya? Adakah disebabkan rasa sedih kerana kehilangan seorang teman tapi mesra ataupun dia mencintai lelaki itu tanpa disedarinya? Selami kisah mereka dalam Cinta Sedingin Mint…

TAMAT SUDAH BOOK REVIEW 
BYE2
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ;D







Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Friday, February 1, 2013

dap dip dup


Assalamualaikum dan salam sejahtera :D
okee sekarang daa masuk 1 Feb
wilayahhh cuti ! tp aku kt Perak so daa semestinya tak cuti :'(
dup dup dup heartbeat aku makin lama makin laju
sebab esok aku bakal mengajar budak 20 tahun + yang dianggap sebagai budak 4-6 tahun . lagu mana tuh haishhh cuak weyhhhh . adoyy !! esok confirm semua dok cakap, cikgu2! knp cikgu tade suara??
yg tuh lagi parak! haishhh
harap sangat dapat buat yang terbaik, capai objektif pun daa kira oke.
aku buat 1 rph (rancangan pengajaran harian) daa pening macam mana nk practikal nnt, berganda-ganda rph kene buat -.-''
disebabkan nak hilangkan stress yang melanda malam nyh
kita perlu tido bye2
assalamualaikum :D
Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Friday, January 18, 2013

first time


Assalamualaikum dan salam sejahtera :)
semalam hari yang sangat penat dan letih
disebabkan salah seorang housemate aku kene "something"
lebih kurang pukul 12 lebih macam tuh
first time aku pegang orang yang "kene" dalam keadaan yang macam tuh
aku harap aku kuat jee semalam .
selalunya aku tengok dari jauh jee kalau orang "kene" macam tuh
last pun time asrama dulu, tuh pun aku tak tgk just dengar jee
sepanjang duduk rumah sewa daa dekat 2 bulan nyh
alhamdulillah tade apa2 lagi laa
tapi just semalam je housemate aku boleh terkene mcm tuh
aku n roommate yang duduk dekat bawah nyh mmg tak taw ape2 laa
tau2 jee budak atas daa panggil ktorg suruh naik atas utk tlg
harap sangat lepas nyh daa tade apa2
okee laa itu sahaja
assalamualaikum :)



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Thursday, January 17, 2013

i say 1,2,3,4


Assalamualaikum salam sejahtera :D
hari yang rilex2 tapi bile sabtu ahad jee busy tahap ape daa
sem nyh dengan rasminya aku ambil subjek music dan terrrrlammmmpauuuuu banyakkkk sangaatttt present yang menyebabkan aku and group kene mengubah lirik utk dipresentkann.
tiap2 minggu ade present sampai daa stress sebab tak tau nak menari step ape lg *sigh*
isnin minggu depan last present pasal lagu2 nyh . nak tau tema ape group aku ?? lagu 80 an beb
hohoho jenuh den nak pikir lagu ape -.-"
bulan 2 nanti ktorg jadi pelakon pulak sebabny present drama pulakkkk :D
i say 1 and 2 and 3 4 ouhh oke tertiba menyanyi lagu LEE HAYI pulakk atau dikenali LEE HI
aku nak jugak panggil LEE HA YI sebab aku tgk dea dlm kpop star so daa terbiasa :D
sekarang aku daa suka dengar lagu LEE HA YI nyh . adoyyy ! dulu waktu dea keluar tanak tergedik2 suka skrg baru nak minat -.-'' daa laa semalam dekat red carpet GDA LEE HA YI berjalan dengan abang naga
(G DRAGON) hehehe comel jee dua2 .
oke laa daa malas daa nak menaip benda merapu2 nyh
chow dulu Assalamualaikum >.<


LIRIK LEE HI ENG SUB *malas nak letak mv dea*



Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Saturday, January 12, 2013

KESABARAN TERUJI !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya Allah !! terasa sakit sangat !!
Penat laa macam nyh setiap sem benda yang sama jugak jadi grrrrr
malas daa aku nak pikir benda tuh baik aku buat assignment lain . sambil dok dengar selawat pun hati aku dok terasa sakittt lagi . haisssshhhh
dengan tension assignment yang nak perlu disimpulkan sampai 40 page . STRESSSSSSSSSS !! buat pertama kalinya sem nyh aku ada 16 assignment sekali dengan present yang memang tiap2 minggu ade -.-" 
present tuh memang laa daa lali daa sebab tiap2 sem mmg banyak present , tapi every week weyh penat laaa . kalau selang 2 minggu tape laa jugak. 
sem depan lagi bertambah banyak dengan final projek nyh .. adoyyy

oke laa malas daa nak membebel banyak2
penat , capek daa gue nyh

Assalamualaikum


Thanx yaww .. luve u :D xoxo

Friday, January 11, 2013

Bila budak early chilhood jadi budak music xD

Assalamualaikum dan salah sejahtera :)
sem nyh aku dan budak kelas jadi budak music pulak . hehehe
biasa laa music dalam pendidikan awal kanak-kanak ^^
semangat menari laaa , semangat menyanyi laa .
last week group aku present kain pelikat versi sendiri menjadi negeri kita :D
and 1 lagi present lagu tradisional caya laaa ! group aku ambik hati karma :D
yang paling semangat menari tradisional laa :D
sebab budak group aku ade yg dr sarawak so dorg menari tarian budaya dorg . canteeekkkk gilerrrr !! 
next week menari lagu inggeris  kanak-kanak dan antarabangsa .
next week mmg bergegar pulak laa sebab byk group ambik lagu hindustan utk antarabangsa , termasuk laa group aku jugakkkk :)
oke laa that all from me xoxo
assalamualaikum :)


Thanx yaww .. luve u :D xoxo