Thursday, December 6, 2012

Book Review : The Wedding Breaker - Evelyn Rose

Assalamualaikum Salam Sejahtera :)

Novel TWB ini adalah karya pertama Evelyn Rose . Walaupun ini adalah karya pertama, novel dea tak payah cakap laa . Asal aku pergi bookstore jee "sory dik novel tuh daa habis stok 10 buah jee yang sampai semalam" pfffff sabar jelaaaa -.-' . Ada yang order online pun tak dapat jugak sebab kehabisan stok. Rasanya minggu nyh daa ada dekat bookstore, confirm tade yg habis rasenya sebab minggu lepas jee byk bookstore yg tade sebab baru sampai :)



SINOPSIS

“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar...” - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.


“What’s so funny?”

“Talking to me?”

“Nah… just talking to the lizard. See… there… we were talking just now. I know you won’t be able to understand the lizard’s language.”

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya? Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”

“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”

“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana... Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil


Kawan-kawan aku cakap pun novel nyh best bg aku pun best, kalau tak best tadelaa deret 3 hari aku pegi cari dekat bookstore kannnn :D
oke laaa itu sahaja setakat ini  Assalamualaikum 












Thanx yaww .. luve u :D xoxo